Sunday 7 July 2019

Senamrobik Cergas Bersama MILO


BULAN KECERGASAN PERINGKAT SEKOLAH 2019




1.             PENDAHULUAN
          Kementerian Pelajaran Malaysia mengharapkan agar setiap murid mengamalkan gaya hidup sihat. Taraf kecergasan ini dapat dilaksanakan melalui gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti-aktiviti bersenam dan bersukan secara teratur bagi menjamin taraf kecergasan warga sekolah yang optimum. Selaras dengan itu Kementerian Pelajaran Malasyia telah menetapkan Bulan Julai sebagai bulan kecergasan Kementerian Pelajaran Malaysia.


2.             RASIONAL
Matlamat program ini bertujuan untuk membolehkan pelajar menjadi sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan sehari-hari ke arah “Rakyat yang sihat akan melahirkan Negara maju”


3.             OBJEKTIF 
Objektif utama diadakan program  ini :
1.Menghargai diri sendiri serta bertindak untuk melahirkan dan mempertingkatkan kesihatan dan kecergasan.
2. Memperoleh pengetahuan asas tentang proses          pertumbuhan        dan perkembangan tubuh badan  manusia serta keperluan kesihatan berkaitan.
3.Memahami konsep kecergasan , prinsip latihan dan    langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi.
4.Mempertingkatkan jasmani dengan membina daya tahan           kardiovaskular, kekuatan daya tahan otot serta meningkatkan       kelenturan badan, ketangkasan dan kelajuan.
5.Memperkembangkan sahsiah melalui interaksi yang sihat di  dalam kegiatan kecergasan jasmani dan sukan seperti semangat kesukanan, kerjasama, toleransi, kepimpinan  dan    disiplin.



4.       KUMPULAN SASARAN
Aktiviti – aktiviti yang akan dijalankan dalam program tersebut akan melibatkan :
4.1.     Semua murid- murid Sekolah Kebangsaan Kubu.
4.2.     Semua guru Sekolah Kebangsaan Kubu.

5.       TARIKH PERLAKSANAAN    
5.1      Tarikh Perasmian   : 8 Julai 2019

6.              PELAKSANAAN AKTIVITI
6.1.      Senamrobik.
6.2.      ‘Cergas Bersama MILO’
6.3.      Klinik Bola Tampar
6.4.      Ceramah Kesihatan l
6.5       Ceramah Kesihatan II
6.6       Pertandingan Senamrobik
6.7       Pemeriksaan kuku

7.       JAWATANKUASA BULAN KECERGASAN
           
AHLI JAWATANKUASA INDUK
BULAN KECERGASAN PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN KUBU 2019

Pengerusi                   : Pn. Nurshakina bt. Ahmad Halidin
  Guru Besar SK Kubu

Timbalan Pengerusi  : En. Zakaria b. Che Pa
  GPK Kokurikulum

Naib Pengerusi 1      : Pn. Samsinar bt. Ani
  GPK Kurikulum & Pentadbiran

Naib Pengerusi 2      : Pn. Ramdzan b. Mohamad
  GPK Hal Ehwal Murid

Setiausaha                : Pn. Siti Zaharah bt. Osman
  Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

AJK                             :  En. Mohd Azni b. Johari
                           Pn Norhashimah bt. Ramli                                                                                                       Pn Nur Azimah bt. Abd Mutalib
                           Pn Sheela Naidu
                           Pn. Roshazila bt. Hambari
                           En. Mohd Diah b. Zainuddin
                           Cik Norsahifah bt. Abdullah
           
             


AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
BULAN KECERGASAN PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN KUBU 2019

Penyelaras  Program           : Pn. Siti Zaharah bt. Osman

Senamrobik                           : En. Mohd Azni b. Johari
                                                             
Gimik Pelancaran                : Pn. Norhashima bt. Ramli
                                                  Pn. Nur Azimah bt. Abd Mutalib

‘Gaya Hidup Cergas            : Pn. Noor Amizah bt. Zakaria
Bersama MILO’

Pengurusan Diri                     : Pn. Roshazila bt. Hambari
                       
Klinik Bola Tampar               : En. Mohd Diah b. Zainuddin
                                                             
Ceramah Kesihatan I          : Pn. Siti Zaharah bt. Osman

Ceramah Kesihatan &         : Cik Nurfairuza Syafiqah bt. Ramli
Pertandingan                          Cik Sabrina bt. Mohd Fathil
Senamrobik  

Pengacara Majlis             :   Pn. Sheela Naidu                                                                Kawalan Murid                      : Semua Guru Kelas & Pembantu Murid
& Kecemasan

Peralatan                               : En. Anuar b. Ismail
            Siaraya                                
                                               
Fotografi                                : Cik Norsahifah bt. Abdullah











No comments:

Post a Comment