Sunday 21 February 2010

Pengumuman Kegiatan Sekolah

GPK Koku SK Kubu En. Saadon Jais telah memaklumkan kepada murid-murid SK Kubu tentang penanguhan semua aktiviti kokurikulum pada minggu ini. Ini kerana memberi peluang kepada murid-murid untuk mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi minggu peperiksaan. Aktiviti Kokurikulum akan disambung pada minggu hadapan

Saturday 20 February 2010

UJIAN PKSR 1 (2010)

SK Kubu akan mengadakan Ujian PKSR 1 pada 22 hingga 25 Februari 2010. Sehubungan itu murid-murid SK kubu diharapkan bersedia untuk menghadapai peperiksaan ini. Murid-murid SK Kubu dinasihatkan supaya mengulangkaji pelajaran agar dapat membantu semasa peperiksaan tersebut. Selamat menjawab peperiksaan.

Berikut adalah jadual peperiksaan tahap 1 dan 2


Thursday 18 February 2010

Majlis Perlantikan Pengawas Am, Pustakawan, SPBT dan Ketua Kelas 2010






12 Februari 2010, Jumaat di Dewan SK Kubu telah dijalankan Majlis Perlantikan Pengawas untuk murid SK Kubu. Majlis ini telah disempurnakan oleh En. Jasmi B. Abu Samah Ketua Unit Hal Ehwal Murid JPN Melaka. Majlis ini diadakan sebagai penghormatan dan simbolik kepada murid SK Kubu yang dilantik sebagai Pengawas Am, Pustakawan, SPBT dan Ketua Kelas bagi menaikkan semangat serta menjiwai sifat kepimpinan. Tahniah kepada murid yang terpilih. Semoga murid yang terpilih ini dapat menjalankan tugas dengan baik serta cemerlang.

Latihan Kebakaran 2010 (Fasa 1)






Pada 11.2.2010 hari Khamis, Jawatankuasa Kebakaran yang diketuai oleh GB SK Kubu telah mengadakan latihan kebakaran pada waktu persekolahan sebagai pengetahuan asas murid dan langkah berjaga-jaga tentang kebakaran.Sebagai tulang belakang dan orang kuat dalam latihan kebakaran, Cikgu Anuar berjaya menjalankan aktiviti ini dengan mengambil masa 2.01 minit untuk semua murid,guru, staf serta pekerja kantin berkumpul di dataran SK Kubu. TAHNIAH! Semuanya selamat.