Tuesday 19 April 2011

BAGAI SIRIH PULANG KE GANGANG

Setelah 4 tahun Kejuaraan Sepak Takraw Kawasan Bukit Cina terlepas dari gengaman maka pada 19.4.2011 pukul 6.13 petang SK kubu telah dinobatkan sebagai juara untuk tahun 2011 dengan mengalahkan SK Tengkera 1. Pada awalnya SK Kubu telah menghantar 2 kumpulan iaitu A dan B. Walaubagaimanapun langkah Kumpulan B telah disekat diperingkat kumpulan namun Kumpulan A berjaya meneruskan persaingan  hingga ke peringkat akhir seterusnya dinobatkan sebagai juara 2011.

SK KUBU BOLEH !


Sunday 10 April 2011

LATIHAN KEBAKARAN KALI 1 TAHUN 2011

Tepat pukul 10.00 pagi latihan kebakaran telah dijalankan untuk kali 1 bagi tahun 2011. Semua guru, staf serta pengusaha katin terlibat dalam latihan tersebut. Latihan telah dijalankan pada hari Jumaat 9.4.2011

Friday 8 April 2011

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB KERTAS BAHASA INGGERIS UPSR

Murid tahun 6 SK Kubu telah berpeluang menghadiri bengkel teknik menjawab kertas Bahasa Inggeris yang dikendalikan oleh Pn. Tay Su Chen daripada SK Batu Berendam. Ini sebagai satu aktiviti memantapkan penguasaan dan mendedahkan murid strategi untuk mendapatkan A dalam semua matapelajaran serta mencapai sekurang-kurangnya gred C atau lulus bagi murid harapan.
 Pn. Azila dan murid tahun 6 sedang mendengar taklimat daripada Pn. Tay

Pn. Tay sedang membentangkan teknik menjawab BI

Thursday 7 April 2011

PROGRAM SAYANG-SAYANG ANAKKU SAYANG 2 (SSAS)

Tepat jam 1.05 pm , Program SSAS kali ke 2 telah berlangsung di dewan dan dataran SK Kubu. Acara tersebut telah dimulakan dengan aktiviti sesi bergambar bersama-sama ibubapa angkat. Acara seterusnya telah dijalankan di Dataran SK Kubu dengan aktiviti Semakin Jauh Semakin Sayang Sayang. Pemenang dalam aktiviti tersebut telah menerima hadiah misteri yang disampaikan oleh En. Mohammad B. Jaapar GPK 1 Sk Kubu.

Tuesday 5 April 2011

Tahniah kepada wakil SK Kubu mewakili Olahraga peringkat Kawasan Bukit Cina.

Tahniah diucapkan kepada Mohammad Asyraf B. Zawawi kerana mewakili kawasan Bukit Cina dalam Olahraga ke MSSN Melaka di Stadium Hang Jebat. Walaupun tidak memenagi pingat , beliau dapat membaiki jarak pencapaian lompatan.



LDP 2 : Taklimat Pengisian Data Q-net & Bengkel asas penggunaan projektor

LDP 2 telah dijalankan dibilik Mesyuarat SK Kubu pada 5.4.2011. Taklimat Pengisisan data Q-net telah dilakukan oleh Cikgu Mohd. Diah dengan dibantu oleh Cikgu Azni. Q-net 2011 merupakan upgrade Q-net 2010. Selain itu, cikgu Azni telah mengadakan bengkel asas penggunaan dan pemasangan projektor kepada guru-guru SK kubu. Guru-guru yang terlibat telah menjalankan aktiviti tersebut secara praktikal agar mudah dan rasa tidak kekok apabila menggunakan peralatan tersebut.

Guru-guru sedang mengakses Q-net dan pengisian data secara online.

Cikgu Rohayah sedang memasukan markah Q-net secara online


Cikgu Zainab cuba memasang dan menggunakan projektor




Sunday 3 April 2011

MAJLIS PENYERAHAN ANAK ANGKAT - PROGRAM SSAS

Program Sayang Sayang Anakku Sayang (SSAS) telah dilaksanakan pada 3.3.2011 dan dirasmikan oleh Tn. Hj. Basri B. Ismail. Dalam majlis tersebut murid-murid tahun 6 telah diserahkan kepada ibu dan bapa angkat masing-masing yang terdiri daripada guru-guru SK Kubu.

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 36

SK Kubu telah berjaya menjalankan mesyuarat PIBG kali 36 pada hari Sabtu 2 April 2011 pukul 9.00 pagi di Dewan SK Kubu. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Gan Tian Loo , Pengerusi Jawatankuasa Negeri, Pelajaran, Belia dan Sukan Negeri Melaka. Dalam mesyuarat tersebut pelbagai isu dibentangkan untuk menambah baikkan kemudahan dan memajukan prestasi sekolah. Tahniah juga diucapkan kepada mereka yang dilantik sebagai Jawatakuasa PIBG 2011 yang baru. Semoga kesinambungan idea antara guru dan ibubapa dapat diterapkan kepada murid untuk kecemerlangan diri dan sekolah. SK KUBU BOLEH !



Selamat Kembali 2011

Assalamulaikom dan salam satu Malaysia
Setelah lama menyepi Blog SK Kubu kini kembali atas permintaan ramai khasnya murid serta staf SK Kubu.