Sembang Guru Besar


    Pn. Nur Shakina Bt. Ahmad Halidin
    Guru Besar SK Kubu

Assalamualaikum
Salam Seteguh Seiltizam SK Kubu Ladang Pahala.


Bismillahirahmannirahim
 Alhamdullilah, saya memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, laman Blog Sekolah Kebangsaan Kubu berjaya disiapkan.  Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat yang telah menjangkau sehabis tangan, keringat dan minda dalam memastikan kejayaan ini yang diharap dapat membawa penambahbaikan dalam pendidikan.
Penubuhan laman blog ini diharap dapat memberi manafaat bukan sahaja kepada warga sekolah tetapi juga kepada masyarakat luar sekolah. Diharap kemudahan yang telah disediakan dapat digunakan sepenuhnya oleh kita.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat.
“ SK KUBU BOLEH ”