Saturday 27 March 2010

Pameran Pasukan Bomba


Pada 26.3.2010 Sekolah Kebangsaan Kubu telah menerima lawatan dari Bomba Kubu bagi pameran kelengkapan peralatan pasukan tersebut. Pameran ini bagi mendedahkan kepada murid tentang peranan dan kelengkapan pasukan tersebut dalam situasi menyelamat dan kebakaran.

Tuesday 23 March 2010

Jamuan Perpisahanan


Kelab Staf SK Kubu telah mengadakan jamuan perpisahan kepada bekas guru-guru SK Kubu yang bertukar ke sekolah lain. Jamuan ini diadakan di Hotel Straits Meridian. Jasamu tetap dikenang. Semoga lebih bersemangat mendidik anak bangsa di tempat baru.

Sunday 21 March 2010

Selamat Datang Guru Pelatih IPPM

Selamat datang diucapkan kepada guru pelatih dari IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka. Semoga pengalaman sebulan berada di SK Kubu dapat dimanafaatkan untuk menjadi pendidik yang dedikasi dan cemerlang di masa hadapan. Berikut adalah nama-nama guru pelatih tersebut:

1.Siti Khirnie Bt Kasbolah
2.Ruzanna Bt. Abas
3.Rahmah Bt Basri
4.Farhana Bt. Najib

Thursday 11 March 2010

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah.


Sambutan maulidur rasul peringkat sekolah telah diadakan pada 9 Mac 2010.  Tema sambutan kali ini adalah 'Memantapkan Ukhwah Memperkasa Ummah. Perarakan sambutan ini telah diadakan di dataran SK Kubu. Ceramah maulidur rasul telah disampaikan oleh Tn. Hj. Abdul Manap B. Mohamad , Iman 2 Masjid Jamek Jasin.

Sunday 7 March 2010

KELAS TAMBAHAN

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan kelas-kelas tambahan. Sehubungan itu , semua murid Tahun 6 dikhendaki hadir pada masa  dan tarikh yang ditentukan berikut bagi memperbaiki segala kelemahan dalam mata pelajaran dan memastikan  hasrat untuk mencapai kecemerlangan UPSR 2010 tercapai. Kerjasama juga dipohon kepada ibubapa/penjaga untuk memastikan kehadiran anak-anak jagaan tuan/puan bagi  mengikuti kelas tersebut

KELAS BIMBINGAN PAGI



KELAS TAMBAHAN SEMASA CUTI SEKOLAH PERTENGAHAN PENGGAL PERTAMA