Sunday 10 October 2010

Ujian SEGAK 2

Panitia PJK telah menjalankan Ujian SEGAK kali 2 pada hari Isnin. Pelbagai ujian kecergasan dilakukan untuk menilai tahap kecergasan murid tahun 4,5 dan 6.

Thursday 30 September 2010

Latihan Kebakaran 2

Latihan Kebakaran kali ke 2 telah dijalankan pada 29.09.2010. Ia telah dijayakan dengan kerjasama Balai Bomba Kubu. Pelbagai aktiviti telah dijalankan dalam latihan kebakaran  2 antaranya ceramah pencegahan kebakaran serta kesan kebakaran dan latihan memadam api.


Monday 27 September 2010

JAMUAN HARI RAYA RIMUP

SK Kubu telah mengadakan jamuan Raya RIMUP dengan melibatkan SRJK (T) Kubu dan SRJK (C) Pay Fong 1. Jamuan ini disertai oleh kedua-dua guru dan murid sekolah tersebut. Pelbagai juadah dan kuih telah disajikan untuk program tersebut.


Monday 13 September 2010

Thursday 2 September 2010

Majlis Khatam Al-Quran 2010

Sambutan Majlis Khatam Al Quran telah selamat disempurnakan pada pagi Jummaat dengan disertai 30 orang murid SK Kubu dari tahun 2 hingga 6. Dalam majlis itu juga, pihak sekolah telah menyumbangkan duit raya kepada murid miskin dan yatim SK Kubu.


Tuesday 31 August 2010

Sambutan Ambang Merdeka 2010

Sk Kubu telah mengadakan sambutan ambang merdeka pada pagi 30.8.2010. Sambutan tersebut dijalankan secara sederhana oleh warga SK Kubu dengan persembahan murid serta nyanyian lagu patriotik untuk membangkit semangat merdeka serta menyelami erti kemerdekaan terutamanya kepada murid-murid.

Pencarian Calon Imam Muda SK Kubu Pusingan Ke-2


Pencarian Imam muda SK Kubu telah memasuki pusingan ke 2 di mana peserta di uji dengan melaungkan azan. Ujian tersebut diadakan di dewan SK Kubu dengan disaksikan murid SK kubu . Tahniah kepada peserta yang berani menampilkan diri dalam  ujian tesebut. Semoga sikap seperti ini ada dikalangan semua murid SK Kubu.

Sunday 29 August 2010

LDP 5 - Persembahan Powerpoint Interaktif


Warga SK Kubu telah menjalankan LDP 5 pada 19.8.2010. LDP tersebut telah disampaikan oleh Pn. Nor Idzlina Bt. Idris dan En. Kamarul Faizal sambil dibantu oleh Pn. Asmah Bt. Latip.dari Universiti Teknologi Tun Hussein Onn, Batu Pahat Johor. Tajuk LDP yang dibentangkan adalah 'Persembahan PowerPoint Interaktif'. Walaupun masa yang terhad, kami warga SK Kubu mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembentang perkongsian ilmu semoga dapat dimanafaatkan dalam P&P guru-guru SK Kubu.



Monday 9 August 2010

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Kepada semua warga SK Kubu diucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak. Semoga amal ibadat kita semua dapat digandakan serta diterima oleh Allah s.w.t .

Lawatan Ke ZOO Melaka

Panitia Sains dan Kajian  Tempatan yang telah menganjurkan lawatan sambil pelajar ke Zoo Melaka pada 9.8.2010 yang diketuai oleh Cikgu Azni. Lawatan ini disertai oleh murid tahun 4,5 dan 6. Tujuan lawatan ini bagi mendedahkan murid tentang nama, rupa haiwan  serta sifat mereka yang akan dikaitkan dalam pembelajaran di dalam kelas. Selain itu mereka diberikan tugasan mudah dalam sesi lawatan tersebut.

Pencarian Calon Imam Muda SK Kubu




Lawatan dari SK Sri Gedong, Kedah

Selamat datang kepada guru serta staf dari SK Sri Gedong yang singgah melawat SK Kubu. Antara lokasi yang dilawati ialah Pra Sekolah, Perpustakaaan dan Kelas Pendidikan Khas. Semoga lawatan ini dapat mengeratkan hubungan antara rakan sekerja dari negeri lain dan bertukar-tukar fikiran dalam memertabatkan sekolah kebangsaan.

Monday 2 August 2010

Gelombang Merdeka Melanda SK Kubu

 Pasang bendera tu Cikgu Saiful, mandor tu...sampai 4 orang ..main arah je..

SK Kubu telah melancarkan bulan kemerdekaan bermula 2.8.2010. Sehubungan itu pelbagai program telah dilancarkan. Salah satu program tersebut adalah mengibarkan bendera Malaysia di semua sudut sekolah bagi menaikan semangat dan menghargai kemerdekaan yang dikecapi selama ini.
Jalur Gemilang sudah berkibaran

Ehh...possing atas tangga...atau gayat tu..

Tuesday 27 July 2010

Kegiatan Ko-kurikulum - Senamrobik

Kegiatan koku pada 26.7.2010 telah dibuat secara serentak - senamrobik  oleh Kelab Pengakap, PBSM dan Puteri Islam.

Sunday 25 July 2010

Tahniah !


 Tahniah diucapkan kepada Guru Besar Pn. Asmah Bt. Latip kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Tun Hussein Onn ( UTHM) untuk kemasukan Julai 2010. Beliau akan bercuti belajar selama sebulan disana dan urusan pemangkuan Guru Besar akan dikendalikan oleh Cikgu Mohamad Jaapar.


Tahniah juga kepada adik Fatin Farhana Bt. Mohd. Fuad kerana berjaya menjadi Johan PertandinganBercerita Doktor Muda ( Kategori Bahasa Malaysia) sempena Mini konvensyen Doktor Muda Peringkat Daerah Melaka Tengah 2010 bertempat di Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak.

Pemenang Minggu ICT

Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang memenangi hadiah dalam minggu ICT. Murid-murid ini berkebolehan mewarna lukisan dalam bentuk 2D menggunakan komputer.


Hadiah minggu ICT


Pemenang minggu ICT

Friday 23 July 2010

Senamrobik dan LDP Pembinaan Blog

LDP pagi ini digemparkan dengan senamrobik dari guru-guru SK Kubu yang mempunyai bakat terpendam dan dibimbingi oleh guru pelatih IPPM. Cayalah cikgu..serba boleh!

Bengkel Pembinaan Blog telah dikendalikan oleh Cikgu Azni. Bengkel adalah untuk memberi pendedahan serta membestarikan guru-guru SK Kubu. Ini memberi peluang kepada Panitia serta Kelab SK Kubu untuk melaporka segala aktiviti yang telah dijalankan untuk dikongsi bersama .


Hah...tekun betul atau buat lain tu....


Ehh...nii lain macam je..senyum-senyum cak! Basah lagi.

Monday 19 July 2010

Sayang-Sayang Anakku Sayang dan Pengurusan Mesyuarat

Guru Besar SK Kubu telah mengendalikan Program Sayang-Sayang Anakku Sayang kali ke 3 di dewan SK Kubu. Program ini melibatkan guru-guru SK Kubu dan murid tahun 6. Pelbagai aktiviti dilakukan bagi merapatkan serta menyelami segala permasalahan murid tahun 6 sebelum mengahadapi UPSR pada 21.9.2010.



Pengendalian Pengurusan Mesyuarat juga telah dijalankan sebagai LDP untuk guru-guru SK Kubu bagi memantapkan Profesion Perguruan


Sunday 18 July 2010

Selamat datang

Baru-baru ini, SK Kubu telah menerima 2 orang guru praktikum dari Institut Perguruan Perempuan  Melayu, Durian Daun Melaka. Semoga guru tersebut akan menjalani latihan dengan baik dan cemerlang dengan tunjuk ajar guru-guru SK Kubu. Guru-guru tersebut akan dibimbingi oleh Cikgu Rohayah Dahalal.

Wajah Guru Paktikum


Cik Faras Rina Bt. Mohd. Parid


Cik Sharifah Azlin Bt. Syed Nathil.


Jadual Ujian Selaras 3

Jadual Ujian Selaras 3 untuk tahap 2 ( Tahun 4,5 & 6)

Jadual Ujian Selaras 3 untuk tahap 1 ( Tahun 1,2 & 3)

Tuesday 13 July 2010

Ceramah Isra' dan Mikraj

Pada 12.7.2010, Persatuaan Pendidikan Iskam telah menganjurkan Ceramah Isra' dan Mikraj didewan Sekolah SK Kubu. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Norhisyam B. Jasni. Tajuk cermah ialah sifat peribadi Rasullah

Ustaz Norhisyam sedang memberikan ceramah penuh bersemangat manakala murid-murid serta guru kyusuk mendengarnya.
Lepas ceramah perut pun dah lapar....apa lagi....makan le...sekolah belanja..

Ceramah 999

Pasukan dari khidmatan sokongan talian 999 telah hadir dan memberikan ceramah panggilan 999 kepada murid SK Kubu. Ceramah ini bertujuan untuk memberi gambaran sebenar pekerjaan mereka, perkhidmatan yang disediakan dan bantuan talian perkhidmatan. Ceramah ini diadakan pada 24 Jun 2010 yang lalu.

Friday 9 July 2010

Minggu ICT

Pada 5 hingga 9.7.2010, Jawatankuasa pembestarian Sekolah telah mengadakan Minggu ICT kepada warga SK Kubu. Pelbagai pameran dan info tentang ICT telah didedahkan kepada murid SK Kubu agar mereka lebih mendekati ICT  dengan lebih dekat. Aktiviti mewarna menggunakan komputer juga ada dijalankan.
 Pameran peralatan dalam sesebuah komputer serta bahan bacaan dan  rujukan mengenai komputer

Murid sedang sedang bertanding mewarna menggunakan komputer

Murid Pra Sekolah pun turut serta dalam pertandingan mewarna.

Monday 24 May 2010

Sambutan Hari Guru



Sukaneka Hari guru

Aktiviti Sambutan Hari guru

Para Guru dan staf SK Kubu telah menjalankan beberapa aktiviti sempena menyambut Hari Guru.

 1. Bacaan Yassin


2.  Jamuan Hari Guru