Thursday, 10 May 2012
Tuesday, 6 March 2012
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
SK Kubu telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul dengan kerjasama komuniti JKKK dan penduduk Kg. Morten, Pemuda dan Wanita Umno Kg. Morten, Jaim Al Falah SK Kubu, Kemas dan Persatuan Beca. Suasana meriah dapat dilihat dengan kehadiran YB Datuk Latip serta Pegawai Pendidikan Islam Melaka Tengah - Ustaz Anwar.
Pengerusi JKK Kg. Morten/ Kg. Hulu, Guru SK kubu serta YB Datuk Latip mengetuai perarakan.
Wednesday, 29 February 2012
PENGELOLA SEPAKTAKRAW KAWASAN BUKIT CINA
SK Kubu telah menjadi tuan rumah dan sebagai pengelola Sepak Takraw Kawasan Bukit Cina 2012. Sebanyak 16 pasukan telah menyertai pertandingan tersebut. Walaubagaimanapun juara kawasan bukit Cina pada tahun 2012 telah dinobatkan ialah SK METHODIST ACS dan naib johan ialah SK Batu Berendam 2.
Jawatankuasa Pengelola Sepaktakraw Kawasan Bukit Cina 2012
Johan Sepaktakraw Kawasan Bukit Cina 2012 - SK Methodist ACS
Majlis Perasmian Penutupan Sepaktraw oleh Timbalan PPD Melaka Tengah
Monday, 27 February 2012
BOWLING UNTUK TAHUN 6
Murid tahun 6 telah dibawa bermain bowling di MIBC di MITC sebagai salah satu Program kecemerlangan UPSR murid memberikan kecerian serta meningkatkan semangat murid agar semakin cemerlang bagi menghadapi UPSR. Seramai 24 orang murid terlibat dalam aktiviti ini dengan disertai 3 orang guru tahun 6.
SELAMAT TINGGAL SK KUBU
SK Kubu kehilangan 2 orang guru yang berpindah ke sekolah lain. Pn. Rohayah Bt. Dahalal yang sudah berkhidmat di SK Kubu selama 13 tahun akan berpindah ke SK Krubung manakala En. Firdaus B. Abu Bakar yang baru berkhidmat selama 2 tahun 6 bulan akan bertukar ke SK Batu Berendam 2. Kami mendoakan semoga mereka maju jaya di tempat baru.
Pn. Rohayah menyampaikan pesanan terakhir kepada murid SK Kubu pada hari terakhir berkhidmat di SK Kubu
Wednesday, 22 February 2012
Penarafan 5 bintang SSQS kepada SK Kubu
Tahniah kepada SK Kubu kerana menerima penarafan 5 bintang SSQS daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.
Monday, 9 January 2012
Tuesday, 3 January 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)