Saturday 31 December 2011

DATANG DAN PERGI.......

SK Kubu mengalami perubahan pertukaran dalam pentadbiran dan guru . Perubahan ini merupakan salah satu fenomena biasa dalam pentadbiran awam untuk meningkatkan tahap profesionalisme penjawat awam.

YANG PERGI.....

Guru Besar SK Kubu 2009-2011. Pn. Asmah Bt. Latip bertukar ke SK Malim

En. Mohamad B. Jaapar bertukar ke  Unit Jaminan Kualiti JPN Melaka

 Pn. Hasnah Bt. Lajis ke SK Bukit Lintang.

 En. Nor Rashid B. Osman ke SK Demang Hussein

Pn. Mazni B. Abu Bakar ke SK Gerak Khas

Yang Datang....
 
Guru Besar - Pn. Ramlah Bt. Hj. Majid
Pn. Siti Zaharah Bt. Osman
Pn.Noraini Bt. Yusof
 Pn. Marliana Bt. Mohd Rahim
 

SELAMAT DATANG 2012 & SELAMAT TINGGAL 2011

Selamat datang 2012 semoga tahun baru ini memberi impak besar kepada warga SK kubu untuk mendapat kejayaan yang lebih baik dari semua segi sama ada dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Akhir kata, diharap tahun ini merupakan tahun cemerlang bagi SK Kubu.

Monday 31 October 2011

LDP 7 - Bowling

LDP terakhir untuk guru-guru SK Kubu telah diadakan di MIBC Ayer Keroh. Pelbagai teknik dan skil telah ditonjolkan oleh guru-guru dalam teknik permainan bowling. Lihat aksi mereka

Gaya-gaya pemain bowling SK Kubu

Peserta Jemputan Mak Arab sedang membuat balingan - Ustazah Zainab

Para pemenang Bowling LDP 7










Hari Kesihatan SK Kubu

Kelab Kesihatan telah menganjurkan Hari Sihat SK Kubu pada 16 Oktober 2011. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya ceramah kesihatan untuk murid dan guru serta pemeriksaan kesihatan ( paras gula, tekanan darah dan BMI ) untuk guru dan staf SK Kubu. Bagi murid mereka diajar secara praktikel tentang memberus gigi yang betul.
Murid sedang mendengar ceramah kesihatan

Guru-guru sedang melakukan pemeriksaan tekana darah

Murid diajar untuk memberus gigi dengan betul

Monday 3 October 2011

Perlawanan Permainan Dalaman

Unit Kokurikulum SK Kubu telah mengadakan permainan dalaman yang disertai oleh semua murid SK Kubu kecuali murid tahun 1 dan 2. Pelbagai permainan dalam telah dipertandingakan antaranya ialah dam, congkak, galah panjang, catur dan karom. Saringan pertama telah diadakan pada 26 dan 27.9.2011 pada waktu kokurikulum. Ia diajalankan secara kalah mati dan murid yang yang menang akan meneruskan perlawanan ke saringan kedua pada minggu hadapannya.

PROGRAM RIMUP

Satu program Rimup telah dijalankan di SRJK (C) Pay Fong 1 pada hari Rabu 28.9.2011. SK kubu telah menghantar seramai 20 orang murid dalam menyertai program tersebut. Dalam program tersebut 3 buah sekolah telah menyertai Program tersebut iaitu SK Kubu , SRJK (C) Pay Fong 1 selaku tuan rumah dan SRJK (T) Kubu. Murid tersebut telah menyertai permainan seperti cap teh, congkak, batu seremban, teng-teng, guli , lompat getah dan kreatif rekacipta.
Wajah-wajah juara keseluruhan RIMUP  di SRJK (C) Pay Fong 1

Tuesday 20 September 2011

Ceramah Kebakaran dan Demostrasi Kebakaran 2011

Jawatankuasa Ceramah Kebakaran dan Demostrasi Kebakaran telah menjalankan aktiviti dengan dibantu oleh Jabatan Bomba Jalan Hang Tuah. Satu cermah serta demostrasi memadamkan kebakaran telah dijalankan bagi memberi gambaran dan cara memadamkan api.


Penutupan Bulan Kemerdekaan

SK Kubu telah menjalankan penutupan bulan kemerdekaan pada hari Isnin  20.9.2011 yang disempurnakan oleh Tuan Hj. Basri B. Ismail. Murid serta guru telah menyanyikan beberapa lagu patrotik sebagai simbolik penutupan bulan kemerdekaan peringkat sekolah serta sedikit ceramah memperingati tentang kemerdekaan.

Sunday 11 September 2011

SELAMAT MAJU JAYA

Kami guru serta staf SK Kubu mengucapkan Selamat menduduki peperiksaan UPSR kepada murid Tahun 6 SK KUBU. Jawab dengan teliti, ingat tips-tips yang telah diberikan oleh guru dan lebih penting persediaan fizikal dan mental dengan di iringi doa daripada ibu bapa/ guru-guru.

Thursday 25 August 2011

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & SUMBANGAN AIDIL FITRI KEPADA ANAK YATIM SERTA MURID MISKIN

SK Kubu telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan sumbangan Aidil Fitri kepada anak yatim & murid miskin yang dirasmikan oleh Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam JPN Melaka iaitu Ustaz Razif. Semoga ia memberikan keberkatan dalam bulan yang mulia ini serta memberi sedikit kegembiraan kepada murid miskin serta yatim SK Kubu untuk menghadapi bulan Syawal.


Wednesday 24 August 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Selamat menyambut HARI RAYA AIDIL FITRI  kepada semua warga SK Kubu - guru,murid serta staf sokongan dan tak lupa kepada mereka yang beragama Islam.  Semoga Syawal ini membawa seribu keberkatan kepada semua. Sambutlah lebaran ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan , bukan kesayuan dan kesedihan.
Tapi......kepada murid tahun 6 jangan lupa mengulangkaji dan membuat latihan yang telah disediakan sebagai bekalan untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang semakin dekat...BERSEDIALAH !....... tulus ikhlas dari guru tahun  6.

Monday 18 July 2011

JADUAL PKSR 3

Perhatian kepada murid-murid SK Kubu supaya bersedia untuk menghadapi  PKSR 3 pada 19.7.2011 hingga 22.7.2011. Berikut ialah jadual peperikasaan:


Jadual Peperiksaan PKSR 3 Tahun 2011(Tahap 2)- Tahun 4,5 & 6


 Jadual Peperiksaan PKSR 3 Tahun 2011 (Tahap 1)- Tahun 1,2 & 3

Friday 15 July 2011

Aktiviti Senamrobik Sempena Bulan Kecergasan.

Guru serta murid SK Kubu melakukan aktiviti senamrobik di minggu kecergasan sempena bulan kecergasan di dataran SK Kubu. Tahniah kepada guru pelatih IPPM yang telah mengetuai senamrobik pagi ini .Tak lupa pada guru-guru serta staf dan murid-murid yang menyertai program ini.


PROGRAM SAYANG-SAYANG ANAKKU SAYANG (SSAS) & RIMUP

Program SSAS telah digabungkan dengan RIMUP menjadikan ia program unik yang disertai 3 buah sekolah iaitu SK Kubu, SRJK (C) Pay Fong 1 & SRJK (T) Kubu. Dalam program tersebut murid-murid 3 buah sekolah dibahagian dalam kumpulan dan melukis batik. Semoga dengan program ini dapat merapatkan perasaan muhibah diantara kaum yang seharusnya disemai diperingkat kanak-kanak lagi.

Sunday 10 July 2011

Sukan Sekolah

Sukan Sekolah telah diadakan diperkarangan dataran SK Kubu. Ia diadakan pada 7.7.2011 pada pukul 2.30 petang. Majlis perasmian Sukan SK Kubu telah disempurnakan oleh wakil Pengarah Yayasan Melaka. Seramai 150 orang murid terlibat dalam sukaneka ini dari pendidikan Khas, Pra Sekolah , Tahun 1 hingga Tahun 6. Pelbagai acara telah dipertandingkan. Penyertaan ibubapa serta guru di akhir sukaneka juga mencuit hati murid serta ibubapa yanh hadir pada hari tersebut.

Tuesday 5 July 2011

SELAMAT DATANG GURU-GURU PRAKTIKUM

SK kubu menerima 6 orang guru praktikum daripada IPPM Melakaakan menjalani latihan selama 2 bulan di SK Kubu. Guru-guru akan menjalani latihan di Pra Sekolah, PPKI dan Pemulihan SK kubu. Semoga mereka dapat menjalani latihan dengan cemerlang dan memberi impak kepada murid-murid SK Kubu.
 Cik Nurulasyikin Bt. Shafie

Cik Mazatul Asheqin Bt Badaruddin
 
Cik Nordiana Bt. Aspar
Cik Wan Nur Atiqah Bt Wan Roslan



LDP3 - Taklimat Pengurusan Penyelian P&P dan KSSR PJK

Latihan Dalam Perkhidmatatan 3 telah dilakukan di BilikMesyuarat SK Kubu pada hari Sabtu pada 25 Jun 2011. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Pn. Asmah Bt. Latip Guru Besar SK Kubu tentang Pengurusan Penyeliaan P&P. Beliau menerangkan kriteria pemantauan untuk guru-guru dan kepentingannya. LDP seterusnya disampaikan oleh Cikgu Mohd. Firdaus mengenai SSQS dan KSSR PJK untuk tahun 1

Sunday 3 July 2011

Majlis Ceramah Isra' Mikraj 2011

Majlis Israk Mikraj 2011 telah diadakan di Dewan SK Kubu. Ceramah telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Pn. Suraya Bt. Razali. Beliau telah menyampaikan ceramah dengan penuh cemerlang disamping pelbagai kuiz diberikan kepada murid untuk menarik perhatian murid mengikuti dengan penuh minat.

Larian 1 murid 1 Sukan

Pada hari Sabtu 2.7.2011 telah dijalankan program Larian 1 murid 1 Sukan. Larian ini bermula dari Stadium Kubu dan dilepaskan oleh R. Ramachandran bekas pelari kebangsaan Malaysia bersama Guru Besar SK Kubu . Dalam program ini ia telah berjaya menarik penyertaan ibubapa murid untuk menyertai larian ini. Syabas diucapkan kepada ibubapa yang menyertai dan turut serta dalam larian ini.

Mesyuarat Keciciran dan Mesyuarat AJK PIBG 2011

Bertempat di bilik mesyuarat SK Kubu telah dijalankan mesyuarat keciciran murid dan AJK PIBG 2011. Agenda kali ini ialah untuk meningkat peratus kehadiaran murid ke sekolah dan menangani isu-isu berkaitan kemudahan asas serta meningkatkan prestasi murid SK Kubu.

LDP - TAKLIMAT KSSR 2

Taklimat KSSR 2 telah dijalankan pada 28.6.2011 pada hari Selasa dibilik bilik mesyuarat.Guru-guru SK Kubu telah diterangkan perjalanan Program Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Pn. Hasnoor Diana dan Pn. Zainab telah memberi taklimat KSSR pada kali ini.

Monday 27 June 2011

LAWATAN PPKI KE AQURIA DAN PETROSAINS KLCC

PPKI SK Kubu akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Aquria KLCC dan Petrosains KLCC pada 28.6.2011. Seramai 8 orang guru, PPM seramai 2 orang dan 12 orang murid akan terlibat dalam lawatan ini. Semoga perjalanan mereka selamat pergi dan balik serta mencapai objektif membawa murid-murid istimewa ini.

LDP - TAKLIMAT KSSR

Taklimat KSSR telah diberikan dengan penuh bergaya dan penuh semangat oleh
1. Pn. Sheila Naidu a/p Vengatsamy
2. En. Anuar B. Ismail
Pelbagai maklumat dapat diterangkan dan dikongsi bersama  agar menambah pemahaman guru-guru SK  Kubu tentang silibus baru agar memberikan impak besar di masa hadapan.



Tuesday 17 May 2011

SELAMAT HARI GURU


MINGGU SAINS

Panitia Sains telah mengadakan Minggu Sains peringkat Sekolah. Program ini berlangsung selama seminggu. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti:
        1. Pameran peralatan Sains
        2. Demostrasi Sains
        3. Kuiz Sains
        4. Permainan bertemakan Sains

TAHNIAH KEPADA WIRA SEKOLAH

Tahniah kepada wira-wirawati sekolah kerana mengharumkan nama sekolah diperingkat negeri.
1. Pasukan Sepaktakraw
    Johan Kawasan Bukit Cina
    Johan regu MSSM Negeri Melaka
    Ke-4 Kumpulan  MSSM Negeri Melaka
2. Tarian asli kategori Program Pendidikan Khas Integrasi
    Naib Johan Peringkat Negeri Melaka

LAWATAN KE PLANETARIUM MELAKA

Panitia Sains terus mempelbagai teknik P & P kepada murid Tahun 3 & 4 SK Kubu agar meminati Sains dengan lawatan sambil belajar ke Planetarium Melaka pada 27.4 2011. Seramai 40  orang murid terlibat dengan program ini. Ia juga sebagai gambaran kepada murid agar memudahkan mereka memahami dalam pembelajaran di dalam bilik darjah.

Tuesday 3 May 2011

LAWATAN PROGRAM PENGGALAKAN PEMBELAJARAN SAINS DAN TEKNOLOGI 2011

Panitia Sains SK Kubu dengan kerjasama Unit Sains dan Matematik Jabatan Pelajaran Melaka telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara dan Taman Botani Putrajaya. Lawatan ini telah diadakan pada 25.4.2011 selama satu hari. Seramai 40 orang murid bersama 4 orang guru telah menyertai program ini. Program ini bertujuan pengalakan pembelajaran Sains dan Teknologi diakalangan murid SK Kubu.


Tuesday 19 April 2011

BAGAI SIRIH PULANG KE GANGANG

Setelah 4 tahun Kejuaraan Sepak Takraw Kawasan Bukit Cina terlepas dari gengaman maka pada 19.4.2011 pukul 6.13 petang SK kubu telah dinobatkan sebagai juara untuk tahun 2011 dengan mengalahkan SK Tengkera 1. Pada awalnya SK Kubu telah menghantar 2 kumpulan iaitu A dan B. Walaubagaimanapun langkah Kumpulan B telah disekat diperingkat kumpulan namun Kumpulan A berjaya meneruskan persaingan  hingga ke peringkat akhir seterusnya dinobatkan sebagai juara 2011.

SK KUBU BOLEH !


Sunday 10 April 2011

LATIHAN KEBAKARAN KALI 1 TAHUN 2011

Tepat pukul 10.00 pagi latihan kebakaran telah dijalankan untuk kali 1 bagi tahun 2011. Semua guru, staf serta pengusaha katin terlibat dalam latihan tersebut. Latihan telah dijalankan pada hari Jumaat 9.4.2011

Friday 8 April 2011

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB KERTAS BAHASA INGGERIS UPSR

Murid tahun 6 SK Kubu telah berpeluang menghadiri bengkel teknik menjawab kertas Bahasa Inggeris yang dikendalikan oleh Pn. Tay Su Chen daripada SK Batu Berendam. Ini sebagai satu aktiviti memantapkan penguasaan dan mendedahkan murid strategi untuk mendapatkan A dalam semua matapelajaran serta mencapai sekurang-kurangnya gred C atau lulus bagi murid harapan.
 Pn. Azila dan murid tahun 6 sedang mendengar taklimat daripada Pn. Tay

Pn. Tay sedang membentangkan teknik menjawab BI

Thursday 7 April 2011

PROGRAM SAYANG-SAYANG ANAKKU SAYANG 2 (SSAS)

Tepat jam 1.05 pm , Program SSAS kali ke 2 telah berlangsung di dewan dan dataran SK Kubu. Acara tersebut telah dimulakan dengan aktiviti sesi bergambar bersama-sama ibubapa angkat. Acara seterusnya telah dijalankan di Dataran SK Kubu dengan aktiviti Semakin Jauh Semakin Sayang Sayang. Pemenang dalam aktiviti tersebut telah menerima hadiah misteri yang disampaikan oleh En. Mohammad B. Jaapar GPK 1 Sk Kubu.