Monday 19 August 2019

Program Pemuafakatan Ibu Bapa dan Penjaga Murid - Murid Tahun 6




Program ini telah diadakan pada hari Jumaat - 26 Julai 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Ibn Khaldun SK Kubu jam 10.00 pagi. Seramai 7 daripada 12 orang ibu bapa dan penjaga telah hadir dalam perjumpaan ini. Dalam program ini ibu bapa telah diberi penerangan  tentang pencapaian anak-anak dalam Peperiksaan Percubaan UPSR yg telah berlangsung pada 15 hingga 18 Julai 2019 yg lalu selain daripada itu, pentadbir dan semua Guru Tahun 6 berkongsi nasihat dan kata - kata semangat kepada ibubapa dan anak-anak. SK Kubu Boleh!!

Monday 8 July 2019

PROGRAM SHOWCASE KMR SK KUBU 2019

Program showcase KMR ( Kemahiran  Melalui Rekabentuk) telah dijalankan pada 9.7.2019 di Bengkel RBT SK Kubu.

1.0      PENDAHULUAN
Selaras dengan keperluan  pendidikan pada masa kini yang semakin mencabar, KMR (Kemahiran Melalui Rekabentuk) merupakan salah satu pendekataan yang boleh digunakan sebagai penambahbaikan. KMR adalah salah satu cara untuk membantu guru memahami dan merungkai Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan mereka bentuk pdpc.Justeru KMR Showcase ini diharap dapat memupuk budaya pembelajaran berasaskan projek di peringkat sekolah dan dapat melahirkan murid-murid yang berdaya saing, berkualiti, serta mengamalkan budaya kerja yang kreatif.
2.0       RASIONAL

KMR Showcase ini bertujuan untuk menilai hasil kerja murid-murid dalam   memenuhi kehendak  mata pelajaran terbabit. Ianya juga dapat melahirkan murid yang kreatif, berdaya saing dan berketrampilan.

3.0            MATLAMAT

3.1 Menjana dan memperkembangkan bakat murid-murid dalam menghasilkan bahan rekacipta mengunakan bahan-bahan yang bersesuaian dengan menggunakan ukuran yang tepat.
3.2 Meningkatkan keyakinan diri murid-murid dan lebih berdikari dalam menerokai dunia pembelajaran.
3.3 Memupuk semangat kerjasama, dan perpaduan dalam ahli kumpulan.

4.0            PELAN PERANCANGAN PROJEK

4.1 Memberi CPD kepada guru-guru
4.2 Perbincangan bersama guru-guru mata pelajaran yang terlibat.
4.3 Taklimat kepada pelajar
4.4 Pembentukan Kumpulan
4.5 Peserta membuat projek yang dirancang (30 hari)
4.6 KMR Showcase

5.0            MAKLUMAT ASAS PERTANDINGAN

5.1 Sasaran
·       Murid-murid tahun  5


5.2  Tarikh cadangan
·       9 Julai 2019 (Selasa)

5.3 Panel Penilai
·       Barisan Pentadbir

6.0            AHLI JAWATANKUASA KMR SHOWCASE

6.1 Ahli Jawatankuasa Induk

Pengerusi:                        Pn. Nurshakina binti Ahmad Halidin, Guru Besar
Timb. Pengerusi:              Pn. Samsinar binti Ani, GPK Kurikulum
Naib Pengerusi 1:             En. Ramdzan bin Muhammad , GPK Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi 2:             En. Zakaria bin Che Pa, GPK Kokurikulum
Setiausaha:                      Pn. Sheela Naidu Vengatasamy
Bendahari:                        Pn. Ramnah binti Ramat, Pembantu Tadbir Kewangan
Penyelaras Program:       Pn. HasnoorDiana binti Hashim
           AJK                                   En. Mohd Azni bin Johari
                                                    Pn. Noor Amizah binti Zakariah
                                                    Pn. Azila binti Sabtu
                                                  
                              
                                                             
6.2 Jawatankuasa Majlis

Pengacara Majlis               : Pn. Noor Amizah binti Zakariah
Buku Program                   : Pn. Azila binti Sabtu
Fotografi / Siaraya             : En. Mohd Azni bin Johari
Taklimat Pertandingan       : Pn. HasnoorDiana binti Hashim
Kawalan Murid                   : Pn. Sheela Naidu Vengatasamy

7.0      ATURCARA MAJLIS  (9 Julai 2019) Selasa

Bil
Masa
Perkara
1
10.30 pagi
Semua guru dan murid berkumpul di Bilik Kemahiran Hidup
2
10.40 pagi
Taklimat showcase oleh Pn. HasnoorDiana binti Hashim
3
10.50 pagi
Pembentangan hasil projek mengikut kumpulan
8
11.50 pagi
Sesi soal jawab
9
12.00 t’hari
Ucapan Perasmian  Penutupan oleh -
Puan Nurshakina binti Ahmad Halidin
Guru Besar SK Kubu
10
11
12.25 t’hari
12.30 t’hari
Pengumuman keputusan Showcase KmR SK Kubu 2019
Majlis  Tamat