Wednesday 29 February 2012

PENGELOLA SEPAKTAKRAW KAWASAN BUKIT CINA

SK Kubu telah menjadi tuan rumah dan sebagai pengelola Sepak Takraw Kawasan Bukit Cina 2012. Sebanyak 16 pasukan telah menyertai pertandingan tersebut. Walaubagaimanapun juara kawasan bukit Cina pada tahun 2012 telah dinobatkan ialah SK METHODIST ACS dan naib johan ialah SK Batu Berendam 2.
 Jawatankuasa Pengelola Sepaktakraw Kawasan Bukit Cina 2012

Johan Sepaktakraw Kawasan Bukit Cina 2012 - SK Methodist ACS

Majlis Perasmian Penutupan Sepaktraw oleh Timbalan PPD Melaka Tengah


Monday 27 February 2012

BOWLING UNTUK TAHUN 6

Murid tahun 6 telah dibawa bermain bowling di MIBC di MITC sebagai salah satu Program kecemerlangan UPSR murid memberikan kecerian serta meningkatkan semangat murid agar semakin cemerlang bagi menghadapi UPSR. Seramai 24 orang murid terlibat dalam aktiviti ini dengan disertai 3 orang guru tahun 6.

Sambutan Hari Lahir untuk Bulan Februari

Dalam perhimpunan pagi setiap hujung bulan diadakan majlis meraikan hari lahir murid yang jatuh dalm bulan tersebut.'SELAMAT HARI LAHIR'

Pemenang Rentas Desa

Penyampaian hadiah kepada pemenang merentas desa telah diadakan pada perhimpunan padi Isnin. Ia sebagai pengiktirafan kepada murid yang mempunyai bakat dalam larian bagi mewakili sekolah dan salah satu program satu murid satu sukan

SELAMAT TINGGAL SK KUBU

SK Kubu kehilangan 2 orang guru yang berpindah ke sekolah lain. Pn. Rohayah Bt. Dahalal yang sudah berkhidmat di SK Kubu selama 13 tahun akan berpindah ke SK Krubung manakala En. Firdaus B. Abu Bakar yang baru berkhidmat selama 2 tahun 6 bulan akan bertukar ke SK Batu Berendam 2. Kami mendoakan semoga mereka maju jaya di tempat baru.
 Pn. Rohayah menyampaikan pesanan terakhir kepada murid SK Kubu pada hari terakhir berkhidmat di SK Kubu


Wednesday 22 February 2012

Penarafan 5 bintang SSQS kepada SK Kubu

Tahniah kepada SK Kubu kerana menerima penarafan 5 bintang SSQS daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.