Sunday 25 April 2010

Penyampaian Sijil Penyertaan Bola Baling


Penyampaian Sijil Penyertaan Bola Baling Peringkat Negeri telah disampaikan oleh GPK Kokurikulum - En Saadon b. Jais

Kelas paling bersih, ceria serta menarik



Kelas terbersih dan cantik pada minggu ini jatuh kepada Tahun 6K. Diharap murid tahun 6K dapat mengekalkan kebersihan dan keceriaan kelas hingga ke hujung tahun.

Mesyuarat PIBG 2010

Y.B. Datuk Latiff B. Datuk Tamby Chik bersama , Pengerusi PIBG serta Barisan pentadbir SK Kubu

Ibubapa dan pejaga yang hadir dalam mesyuarat PIBG


Pendaftaran kehadiran Ibubapa dan penjaga untuk mesyuarat PIBG

Barisan AJK PIBG SK KUBU 2010

Guru-guru SK Kubu

SK Kubu telah mengadakan mesyuarat PIBG 2010 pada 24.4.2010 hari Sabtu. Mesyuarat ini dirasmikan oleh Y.B Datuk Latiff B. Datuk Hj. Tamby Chick DMSM, DSM. Terima kasih kepada Datuk Latiff kerana sudi menyumbang kepada tabung PIBG SK Kubu sebanyak RM2000. Kepada ibubapa dan penjaga yang hadir diucapkan ribuan terima kasih kerana memberi maklum balas yang membina bagi kecemerlangan pendidikan SK Kubu.

Thursday 22 April 2010

Tahniah ! Pasukan Bola Baling SK Kubu

 

Pasukan Bola Baling SK Kubu telah berjaya bermain dengan cemerlang dalam peringkat negeri Melaka dengan menewaskan Pasukan Bola Baling SK Ayer Baruk 2-0, SK Kem Terendak  3-0 dan SK Bukit Lintang 3-0. Walaubagimanapun Pasukan Bola Baling tidak dapat menempatkan diri ke pusingan suku akhir apabila tewas kepada SK Seri Duyong 3-0 dan SK Pernu juga dengan 3-0. Pasukan Bola Baling SK Kubu menduduki tempat ke 3 kumpulan dengan mengumpul 9 mata. Syabas diucapkan kepada Pasukan Bola Baling SK Kubu kerana tiada kemudahan padang sekolah tetapi boleh bermain dengan baik. SK KUBU BOLEH

Monday 5 April 2010

Minggu peperiksaan

Minggu peperiksaan akan diadakan pada minggu hadapan. Diharap murid sudah bersedia untuk menghadapainya. Berikut adalah jadual peperiksaan PKSR 2.

Terima Kasih NESTLE

Terima kasih kepada Nestle kerana memberikan minuman percuma Milo ais yang segar lagi berkhasiat kepada murid dan staf SK kubu

Tahniah !

Pasukan Olahraga SK Kubu telah menyertai kejohanan Olahraga ke 39 di Mini Stadium SMK Seri Kota. Mohamamd Asyraaf B. Zawawi telah berjaya mengondol emas buat pasukan sekolah dalam acara lompat jauh lelaki 12 tahun. Tahniah diucapkan!

KEM BINA INSAN

Ibubapa dan murid sedang khusyuk mendengar ceramah dari wakil  unit RKSK Melaka

Lawatan dari wakil PPD Melaka tengah, En. Hasbi.

Kem  Bina Insan di SK Kubu telah dijalankan dengan jayanya oleh murid- murid dan guru-guru SK Kubu
.