Saturday 16 January 2010

Selamat datang kepada murid-murid baru dan lama serta guru-guru baru SK Kubu

Selamat datang diucapkan kepada guru-guru baru SK Kubu agar dapat menabur bakti dengan penuh gigih dan dedikasi kepada anak-anak Melaka khasnya di kawasan Kubu. Tak lupa diucapkan jutaan terima kasih kepada Pn. Vatsala, Pn. Norhapiszah dan Pn. Shamsiah yang banyak membantu menaikkan nama sekolah selama ini. Selamat maju jaya diucapkan kepada mereka ini yang telah bertukar dan berkhidmat disekolah lain.

Berikut adalah guru-guru baru yang bertugas di SK Kubu 2010

 En. Anuar B. Ismail



Pn. Hasnah Bt. Lajis



Pn. Suraya Bt. Razali



Pn. Nor Azmalia bt. Ahmad Bakri



Pn. Nur Azimah Bt. Abd. Mutalib

SELAMAT DATANG 2010


KENANGAN SK KUBU



Sekolah ini adalah sebuah Sekolah Kebangsaan di negeri Melaka yang terletak di pusat bandar berhampiran dengan Pejabat-pejabat Kerajaan ,Wisma Persekutuan dan Seri Negeri , bersebelahan dengan Stadium Kubu, Melaka.Luas kawasannya ialah 1 ekar 0 rd 33.8 p (1986)

Sejarah SK KUBU

Nama asal Sekolah Kebangsaan Kubu ialah Sekolah Melayu Tengkera, yang diasaskan dalam Tahun 1918 terletak di Lot No. 20 TA.IV.Tengkera, di atas tapak seluas 4,982 kaki persegi. Bangunannya terbentuk Rumah Limas, mempunyai murid seramai 60 orang dengan 3 orang guru. Sekolah tersebut diruntuhkan pada tahun 1937 kerana berpindah hak milik. Di atas tapak itu telah dibina sebuah gereja bernama "Gospel Hall Malacca". Bangunan asal (lama) Sekolah Kebangsaan Kubu yang ada sekarang ini mula digunakan pada 1 Disember,1937 menggantikan Sekolah Melayu Tengkera. Keramaian muridnya pada ketika itu ialah 150 orang murid dengan 5 orang guru. Guru Besar pertamanya ialah En. Othman bin Md. Amin, darjah tertinggi ketika itu ialah darjah 5. Oleh kerana muridnya bertambah dari masa ke semasa, darjah 6 telah mula diadakan dalam tahun 1941. Pada zaman pemerintahan Jepun, sekolah ini dijadikan pusat belajar bahasa Jepun kepada Guru-Guru Pelatih. Selepas tamat Perang Dunia Ke-2, sekolah ini dibuka semula dengan keramaian muridnya seramai 250 orang dan seramai 7 orang tenaga pengajar. Pada tanggal 1947, sekolah ini digunakan bersama dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kubu. Sebelah pagi untuk murid-murid sekolah Melayu dan di sebelah petang untuk murid-murid sekolah Tamil. Pada tahun 1960, Sekolah Tamil telah berpindah setelah mempunyai bangunan sendiri. Oleh kerana keramaian murid bertambah dari masa ke semasa, pengajaran dan pembelajaran terpaksa diadakan dalam dua sesi pagi dan petang. Mulai tahun 1952, darjah 7 (khas) pula diadakan. Permohonan untuk mendapatkan bangunan baru terpaksa dimajukan. Bangunan tambahan (sekolah baru) mengandungi 6 bilik darjah, sebuah pejabat, sebuah stor dan tandas telah siap di bina dan digunakan pada tahun 1963. Bangunan tersebut telah dirasmikan oleh YAB En. Abdul Ghapar bin Baba ( Ketua Menteri Melaka ) pada 27 Julai, 1963